Saturday, 25 June 2011

Don't Steal My Kingdom Away


Hi semua ! Kenyit mata sikit *wink ! Aku adalah pelajar aliran Prinsip Perakaunan . Seperti mana yang aku pernah cakap , class aku memang superb . Classmates yang super awesome . Ni bundle pun tarak jual maa ! Class kiteorang berada di Tingkat 3 Blok Akademik , class ke-2 . Terdiri daripada 30 orang pelajar . 14 putera dan 16 puteri . Permaisuri nya Pn Akma bt Azlan . Comel gila guru kelas aku . Bangga sekejap . Hihi . Kami mengambil 9 subjek SPM . Bahasa Melayu , Bahasa Inggeris , Matematik Moden , Sains , Sejarah , Pendidikan Agama Islam , Prinsip Perakaunan , Ekonomi Asas dan Matematik Tambahan . Dan ada dua pelajar yang ambil subjek tambahan iaitu Pendidikan Seni & Visual .

Ini adalah pelajar 5 Prinsip Akaun 2011 .


Amirul Faiz Zulfakar . Dia seorang pengawas . Tengok rambut dia tu . Haha jangan main-main tau . Kau ada rambut macam ni ? Tak ado ! Dia memang fun gila . Easy-going , baik , peramah dan pandai juga lah . Dia ni tinggi , kurus , kulit boleh tahan cerah nya , rambut kerinting (style ok) . Selalu lepak karaoke dengan aku , Azizi & Yati . Suara dia macam soprano tauu . Nak lawan ke ? Cara dia gelak memang boleh buat orang gelak . Stop it okay Faiz ? Lempang kau kang . Bak kata cikgu Ekonomi , dia ni budak nak cepat habis . Kalau masa Ekonomi , “Ala bila masa nak habis ni.” Haha . Dia ada dslr Nikon yang akan kiteorang kerja kan sampai lunyai . Dia ada mini cooper . Kau ada ? Haha . Dia jugak Kadet Polis sama dengan aku .

Aini Shafiqah . Manis tak muka dia ? Jangan kembang lah aini . Pukul kang . Haha . Okay dia ni memang calon yang akan duduk sebelah aku dalam class . Daripada form 4 kiteorang duduk dua orang . Dah jodoh ye tak ? Haha aku satu class dengan dia daripada Form 3 lagi . Sampai lah Form 5 ni ha . Memang rapat dengan aku . Kiteorang dah macam adik-beradik . Kau pernah gaduh dengan adik-beradik kau ? Macam tu juga lah kiteorang . Dia ni tinggi , kurus , kulit hitam manis , lesung pipi lagi tau . Sekali senyum , haa amik kau dua-dua belah dia kasi . Haha . Melepak tu jangan cakap lah , kira pakai calculator pun belum tentu boleh kira berapa kali kiteorang melepak . Selalu kalau pergi shopping , dengan dia berdua pun boleh jalan . Tengok wayang berdua pun jadi juga . Dia duduk Lavender Heights . Tak jauh lah daripada rumah aku . Dia budak tarian juga tau . Lentik gitu . Haha . Kadet Polis sama dengan aku , rumah Biru sama dengan aku .

Ini Izzati Faiza . Si Ketot . Haha . Jangan marah eh Izzati . Dia ni muka manis je . Suka tengok muka dia . Memang manis . Lepas tu dia kecik pulak kan . Alahai cute nya lah . Dia ni anak Ketua PIBG dekat sekolah kiteorang . So , apa-apa hal , kita kasi settle dengan bapak dia jelah . Haha amacam ? Senang kan ? Dia ni selalu ajar aku Account . Pernah juga lah buat study group dekat rumah dia time malam dengan Yati sekali . Malam jumaat pula tu . Haihh seram . Haha . Mak dia pandai masak . Bagus ya mak dia ni . Ibu solehah . Tapi jangan cari pasal dengan dia woo . Gangster punya orang ni . Die tepuk tangan dia , alahai cute pulak . Haha . Die pun Kadet Polis juga sama dengan aku . Memang aktif dalam olahraga .

Al Thaqif Mohd Al Jafri . Berapa banyak Al lah kau ni . Haha . Dia sekarang pakai gigi besi tau . Jealous aku . Takpe nanti aku pakai , gigi dah cantik , haa aku bagi korang sikit besi aku tu . Haha pengotor siot . Ok , dia ni pun sama juga . Classmates aku since Form 3 lagi . Dia tinggi , badan ada lah muscle juga eh . Kulit putih . Dia suka makan dalam class . Punya gamble perangai dia . Dia tengah borak dengan cikgu pun boleh makan . Adoii Haha . 

Ameerul Zaharudin . Budak baru yang masuk sekolah ni tahun lepas . Dia ni macam culture shock lah juga . Masuk-masuk sekolah je , lepastu masuk pula class kiteorang yang masuk air ni , memang shock lah dia ! Haha . Dia ni tinggi gilaaaa . Faham tak maksud aku ? Tinggii gilaa . Budak paling tinggi dalam sekolah aku ni . Dia ni kehulu-kehilir dengan DSLR dia . Photographer sekolah kan . Masuk-masuk dah pegang title . Benda yang kelakar aku tengok dekat dia ni ialah , dia cepat nervous . Haha memang kelakar . Bila orang yang bergurau lebih-lebih , dia yang jadi nervous . Dia tak biasa dengan puting beliung dalam class kiteorang tu . Haha . Lepastu bila dia betulkan rambut dekat cermin , mulut tak pandai nak cover . Keluar segala muncung . Lalat pun boleh masuk tau ? Hahaha .

Azmirul Hafiz nama nya . Memang baik . Bab-bab nasihat orang ni bagi dekat dia . Dia ni penyanyi sekolah . Sampai peringkat Negeri tau . Masuk competition sana-sini . Main gitar pandai , menyanyi boleh , shuffle ? Boleh tak wei ? hahaha . Dia ni rajin bertanya . Nak nak pulak dalam subjek account . Cikgu boleh pening lalat bila kena tanya dengan dia ni . Tapi dia memang baik , pandai hormat perempuan , peramah . Dia rajin bawa bekal . Hihi aku lah yang tukang jadi juri . Merasa makanan yang dia bawa . Haha .

Imam Mekah dah sampai ingin menyampaikan kata-kata pujangga . Haha . Ni Hafizi Fauzi . Brado besar dalam class tu . Dia gemar pakai songkok . Cita-cita dia ingin menjadi Imam Hafizi yang berjaya . Huahuahua . Nasihat-menasihat orang , bagi lah kat dia . Mengayat perempuan ? Tak berjaya kot . haha . Dia memang baik . Tak ada buruk yang aku nampak . Cehh poyo mamat ni karang . Takpe dia memang kuat perasan . Perasan handsome , cute , semua lah dia . Haha . Sekali dia bahas , jangan siapa berani tentang . Haha

abang Black sudah sampai . Ikhmal Hakim Amran nama nya . Menantu kepada Pakcik Ali Osman kata nya . Haha . Kenapa black ? Perhatikan gambar berikut dengan teliti . Hahahha . Lek mal , jangan marah . Hihi . Aku kenal dia bila ? Daripada Darjah 6 lagi aku kenal dia . Bukan kenal je , memang rapat yang tersangat rapat . Dia memang boleh jaga orang . Dia ni yang bawak aku pergi kerja catering sampai tersangkuttttttt dek dahan pokok J nama nya . Haha . Pada pandangan aku , dia memang pandai cari duit . Jangan risau eh Aini . Hehe . Sekolah tu dia pegang . Ketua pengakap DIA , ketua rumah Merah DIA juga . Bola baling , dia sampai Kebangsaan .

Syamir Rosly nama nya . Budak baru jugak . Tahun lepas dia baru masuk sekolah ni . Dia ni berpindah-randah dari satu sekolah ke satu sekolah . Orang nya tinggi , kulit cerah , kurus dan suka garu kepala . Haha . Dia ni blur juga lah . Tapi kelakar bila dia blur . Masuk air betul . Dia memang baik , suka tolong kawan-kawan dia , prihatin dengan kawan , memang boleh buat kawan lah . Slot permainan dia adalah takraw . Tak ramai takraw dalam sekolah ni . Tapi hebat lah jugak .

Marina Rosli nama nya . Dia kawan baik aku . Rumah dia tak jauh dari rumah aku . Kiteorang kawan daripada Tadika lagi . Haa amacam ? Lama tak ? Semua pasal aku mesti dia tahu . Dah macam adik-beradik kandung . Ayah nya baru pulang ke rahmatullah pada tanggal 9/6/11 yang lepas . Memang sedih sebab aku rapat dengan family dia . Takpe , ajal tangan Tuhan . Tuhan lebih sayang kan arwah . Moga roh nya dicucuri rahmat , insyaAllah . Perangai budak ni gila-gila . Takde dia , memang senyap class tu . Kalau tak , suara dia je ada . Dia gemar bagi jawapan merepek-repek dekat cikgu sampai cikgu pun garu kepala . Haha . Dia aktif dalam olahraga . Dia olahragawati sekolah okay . 

Nabilah Suid . Kawan baik kepada Izzati Faiza . Dia ni pun pengawas jugak . Perangai gila-gila . Sama tusyen dengan aku . Boleh tahan kepandaian otak budak ni . Haha . Selalu study group dengan dia . Dia ni kepeng je , takpayah takut . Tolak , gerenti jatuh . Hihi . Suka kacau dia . Hihi

Hi ni Natasha Atira Abdul Rahman . Classmates since Form 3 lagi . Time Form 3 dia duduk sebaris dengan aku . Memang pot pet pot pet kerja kiteorang . Haha . Tasha ni memang mulut macam makcik-makcik merewang sikit . Jangan bagi dia cakap lah , macam machine gun die keluar kan kejap lagi . Orang nya kurus , tinggi , dan muka bersih . Licin je kulit dia . Tapi dia dengan nabilah sama je kepeng . Kah kah . Dia ni kalau buat kerja mesti teratur je , kerja mesti kemas . Dia tak suka kerja comot momot . Dia punya tulisan lebih kurang tulisan aku juga . Bukan lebih kurang , memang sama pun . So ada satu exam , karangan BM , cikgu suruh kiteorang tulis dalam kertas yang berbeza . Cikgu takut kalau antara kiteorang yang tolong salin kan jawapan time exam . Haihh . Kiteorang ni orang jujur cikgu . Hihi

Norhayati Ali Umar . Rendah je orang nya . Boleh usap-usap kepala dia jika berminat . Boleh dikatakan mixblood lah juga . Tengok mata lah sepet kan . Kacukan Cina minah sorang ni . Haha . Dia memang selalu sangat melepak dengan aku . Mesti dengan aku punya . Aku kenal dia since Tadika lah . Haha lama kan ? Haa sekarang ni dia ada Lesen Motor . Jadi , aku ni lah yang selalu dengan dia pergi mana-mana . Tusyen pun pergi dengan dia juga . Rahsia , tak payah cakap lah . Memang dah tak ada rahsia lagi kot . Haha

Cute kan ? Nurul Amirah Norazli . Dia memang cute . Gebu , putih pulak tu . Hih geram nya lah takde kulit macam tu . Haha . Dia ni manis je , muka macam arab-arab sikit . Ayu je muka . Dia pakai spec . Satu class daripada Form 3 . Suka buli dia . Hihi

Shauki Ikhwan Mazlan . Budak baru yang masuk tahun ni . Tapi dia masuk tahun ni pun , dia  tetap sama kepala dengan kiteorang . Aku kenal dia since Darjah 6 lagi . So tahun ni baru dia masuk sekolah ni . Memang bengong perangai dia ni . Hobi dia adalah mengalihkan barang-barang budak atas meja ke meja yang lain . Tu pasal aku suka letak semua barang bawah meja . Kat atas meja aku kosong kan . Haha . Lagi satu bila dia buat hal dengan aku , aku tumbuk je perut die . Nanti dia insaf lah seketika . Dia suka pukul-pukul manja sengan semua budak class . Tak kira lah lelaki ke perempuan . Bagi aku , takde lah handsome mana mamat ni . Apahal lah wannababe semua habis gila dekat dia . Buta mungkin . Hahaha . Dia JPA . Dan dia pemain badminton sama dengan aku . Handal lah juga ye . Haha sampai Semi-Final pun jadi lah .

Zairi Azizi Norzaidi . Dia ni ada adik kembar sama baya . Mimi nama nya . Class Katering . Zai ni aku kenal dia daripada Form 4 lah . Perangai dia gila-gila . Sikit malu pun tak ada dia ni . Habis-habisan dia gelek masa presentation English haritu . Kepala memang banyak air betul lah . Haha . Dia pengawas surau . Huh memang tak padan langsung . Asal baca doa , mesti dia yang ketuai . Rasa macam mimpi pulak . Hahaha . Dia Kadet Polis sama pangkat dengan aku iaitu Sarjan . Orang kuat Rumah Hijau . Whuhuuu .

Ini Afiqah Mosthaffa . Dia ni ayu je . Pendiam dalam class . Kalau cikgu suruh dia bangun baca , kiteorang semua kena senyap . Kalau kiteorang pun lancang bercakap , alamat nya tenggelam lah suara Afiqah ni . 

Nur Amirah Farhanah Ramli @ NAFRA . Singkatan nya . Haha . Dia ni pun pendiam juga dalam class . Tapi muka dia memang natural putih lah . Baka aku rasa . Kecik je orangnya . Pandai account . Tapi dia pemalu lah . Kalau dia buat presentation kat depan , kiteorang seboleh-boleh nya kena bagi support dekat dia . Kalau tak , dia malu , langsung tak terkeluar suara . Haha aku classmate dengan dia since Form 3 juga .
 
Nazirah Muhammad Halim . Dia ni tinggi , kurus . Dia takde lah pendiam mana pun . Ok juga lah berkawan dengan dia ni . Selalu juga buli-buli dia ni . Hihi

Mohd Azizi Zol . Mamat ni kalau korang perhatikan dari segi saiz , fizikal dan tahap ke-handsome-man memang tak ada . Haha . Dia budak paling kecik dalam class aku . Tapi dia ketua pengawas woo . Satu sekolah tu dia control . Kecik bukan sebarang kecik tau . Bila dia marah , menggigit kolar baju korang haa . Dia juga Kadet Polis seangkatan dengan aku . Tapi tabik sikit dekat dia . Dia Subs. Inspektor okay ? Kau ada ? Tak ado ! Haha . Tapi aku tak takut pun . Hihi . Bila dia train budak dia , memang tak segarang aku . Aku manjang training tu memang aku tempik semua orang . Kalau dia , penyabar jugak lah dengan team lelaki yang agak-agak bega tu . Tapi kalau sekali dia mengamuk , muka kau dia celup dalam lopak air tu . Jangan tak percaya , ramai yang dah kena . Aku pun dah gigit jari time tu . Lariiiii ! Haha

Khairul Najmi . Easy man ! Of course ! Hot stuff ! Semua ayat dia . All Copyright Reserve . Apa perasaan aku bila nampak muka dia ? *Berharap yang aku tengah pakai but kawad & campak dekat muka dia dengan kelajuan 2000 cc . Haha . Bengang betul bila mamat ni muncul . Dia memang perasan , bajet . Apa dia ingat dia handsome ke ? Tuihh . Haha . Paling kelakar , dia akan berjalan depan kau dengan gaya catwalk dan akan berhenti dengan penuh gaya yang semua model USA tak ada dan akan melontarkan dialog sambil menunjukkan muka yang terrrrrramat bajet “Wanna be hotstuff ?” Hahahahahaha . Pecah perut wei dengar . Kalau tengah frust putus bercinta , elok lah kau orang semua pegi tatap muka dia . Gerenti sampai malam letih gelak . Adoii . Aku pernah rasa macam tu . Aku pun dah terikut-ikut dah . Haha .

Izzuddin Mohd Amin . Ketua kelas paling sopan pada abad ini . Haha . Dia ketua kelas tapi korang akan dengar suara dia bila cikgu masuk dengan masa cikgu keluar . “Assalammualaikum Cikgu , Terima Kasih Cikgu” . Haha . Yang lain tu , suara aku akan kedengaran . Hihi . Dia duduk sebelah Al Thaqif Al Jafri tu . So memang kontra sangat lah . Thaqif memekak , dia diam . Thaqif diam , dia diam lagi . Haha . Dia memang bagus lah jadi ketua ni . Semua kerja dia buat . Hikhik . Jahat betul aku . Hahaha .

Izarin Ibrahim . Kejap ada , kejap tak ada . Macam biskut meri . Dia duduk sebelah Aboy . Memang berdua jelah . Dekat LAB , dieorang suka duduk belakang sekali sebab panas kata nya . Tapi Teacher Ita marah . Hihi . Dia handal Math , buat formulae sendiri bagai . Tapi taknak guna kan dengan sebaiknya . Haha . Cikgu tengah cakap , dia tidur . Haha punya gamble perangai dia .

Mohd Affendi . Nama samaran nya adalah Aboy . Pemalu gila seyh . Kalau nak buat presentation kat depan , mandi peluh lah dia . Peluk segala tiang yang ada . Haha . Cikgu pun banyak garu kepala bila tengok perangai dia . Sekali tengok Aboy ni macam Doraemon pun ada . Dah dia selalu lukis Doraemon dekat blackboard . Kembar dial ah tu kot . Haha . Apa-apa hal cikgu mesti attack dia , lepastu dia mula lah malu-malu gitu . Haha kelakar lah perangai masing-masing .

Nurul Syairah . Dia ni pendiam betul . Susah nak dengar suara dia tau . Tapi dia baik . Selalu juga aku duduk dengan dia . Hihi . Best kawan dengan dia . Dia baik je . Sombong pun tak . Dia pun pandai skip class tau . Aku kalau nak monteng class ni , mesti aku tanya dia , takpun aku tanya member-member dia . Dieorang skip , aku pun skipping lahhh ! Hahahaha .

Adibah Ariffin . Yeah ! Aku suka kacau dia ! Hihi . Dia ni gebu-gebu sikit . Cucu kesayangan Cikgu Ahmad . Haha . Aku pantang nampak dia senang , mesti aku kacau dia . Takpun aku suka pukul badan dia yang gebu tu . Hoho . Dia takde lah pendiam mana . Best jugak lepak dengan dia . Tapi dia suka merapu . Pukul kau kang Dibah ! Haha . Budak ni panggil dia Adibah Noor . kah kah . Kalau masa Math je , mesti nama dia je kena panggil ngn Cikgu Ahmad . Anak emas lah kata kan . Mak dia tu pengetua sekolah mana tah . So ada lah kena-mengena dengan Cikgu Ahmad . Aku suka minum air dia . Botol dia cantik , so menarik perhatian aku . Huahuahua .

Siti Nur Azirah . Minah ni memang masuk air jugak kadang-kadang . Lain aku tanya , lain dia jawab . Pening aku . Haha . Bila dia rasa bersalah , dia menyengih je . Adoi sakit kepala aku menengok nya . Tapi dia power wei . Pandai ah jugak . Akaun , Math , Addmath , Ekonomi , dia handal . Perghh . Dia suka bawak roti coklat . Aku pun apa lagi . Pau lah ! Hihi . Dia kena gossip dengan Shauki ! Hihi

Nur Syahira . Dia ni kecik je saiz badan dia . Suara pun halus je . Alahai ayu nya . Haha . Dia baik . Kalau lepak ngan dia , takde hal lah . Ni memang geng-geng pendiam lah senang cerita . Dia selalu kena kacau dengan Shauki . Dia duduk belakang Shauki . So , memang setiap masa kena kacau lah . Kesian dia . Haha . Shauki suka alih-alihkan botol dia . Haha .

Nur Farahana . Woo jangan main-main dengan dia woo . Adik kepada ex-student Panchor , Fatin Yunus . Dia ni power wei . Pandai gila . Otak apa tah aku pun tak tahu . Kerat lah kasi share ha . Jangan kedekut . Hihi . Tapi dia tak kedekut pun . Apa orang tanya , dia mesti ajar . Dia terror macam mana pun , dia tak sombong . Tu yang paling aku suka lah kawan dengan dia . Orang nya tinggi . Ala-ala tinggi aku jugak . Kurus pun macam aku jugak . Dia memang rajin . Tu pasal lah pandai bebenor ye tak . Orang malas macam aku je dapat gred Merah . Haha .

Yang lain sorry k . Gambar tak dapat dikesan . Haha . Apa-apa pun semua best . Terbaikkk ! :D